1. Al Quran Karim
Kitab al-quran ini lengkap dengan cetakan huruf othmani diatas kertas ekslusif berserta dengan permukaan buku yang cantik. Keistimewaan kitab al-quran ini kerana setiap muka surat bermagnet dan mempunyai kod-kod yang unik untuk setiap surah dan ayat. Setiap isi kandungan telah diluluskan oleh K.D.N (Kementerian Dalam Negeri Bahagian Percetakan Al-Quran)
2. Buku Pembelajaran
Amat mudah dan senang dipelajari oleh kanak-kanak, bagi yang berbahasa arab, pelajar tahfiz, pelajar yang bukan berbahasa arab dan juga pelajar yang lembab dan sukar memahami atau mengenali ayat –ayat. Buku ini juga mengajar bahasa arab, zikir-zikir dan doa-doa harian yang sesuai dengan peredaran zaman.
3. Pen Pembaca Al-Quran
Pen pembaca Al-Quran ini boleh membaca semua muka surah dan ayat dengan hanya menyentuh ayat di risalah al-quran. Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara yang berkualiti tinggi yang dibina dan dibantu dengan earphone stereo.
4. Panduan Pengguna
Pen pembaca al-quran kami sangat mudah digunakan. Hanya dengan mengikuti buku panduan, anda boleh terus membaca kitab al-quran kami bila-bila masa sahaja
5. Buku DOA Haji dan Umrah
Buku doa haji dan umrah ini mudah digunakan dan sangat berguna sebagai persediaan orang islam yang mahu memantapkan Haji atau Umrah di Makkah dan Madinah
Pakej yang lengkap untuk anda!
Dapatkan pakej ini sekarang!Set Quran Pen Elektronik merupakan satu rekaan teknologi untuk sesiapa sahaja yang ingin mempelajari bahasa Arab dan penyebutan yang betul membaca al-Quran. Pembacaan Al- Quran adalah dari qari-qari yang terkenal dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Malaysia.





